Muzium daerah Pekan atau lebih dikenali sebagai Muzium Sultan Abu Bakar terletak di Jalan Sultan Ahmad. Muzium itu digunakan untuk menyimpan dan mempamerkan kebudayaan dan sejarah tempatan untuk tujuan kajian, pendidikan dan hiburan; untuk membantu kajian mengenai kebudayaan tempatan dan menjaga monumen lama dan tempat-tempat bersejarah dan mempromosikan pelancongan.

Pada mulanya, bangunan muzium itu dibina sebagai kediaman Residen British yang pertama di Pahang, Mr.J.P.Rodger pada 1 Julai 1888. Apabila ibu negeri Pahang dipindahkan ke Kuala Lipis pada Jun 1898, ia dijadikan rumah tetamu kepada residen apabila berurusan di Pekan. Bangunan itu kemudian dibina sebagai bangunan batu dua tingkat untuk menggantikan bangunan asal yang diperbuat daripada kayu. Ia pernah dijadikan markas tentera Jepun. Ia juga pernah menjadi istana Sultan Abu Bakar setelah berpindah daripada Istana Seri Terentang dan dinamakan Istana Kota Beram. Bangunan itu kemudian ditambah strukturnya untuk dijadikan Balai Rong Seri. Ia dijadikan muzium apabila keluarga diraja itu berpindah ke istana baru.


[ Destinasi | Sejarah | Peta | Maklumat | Pentadbiran ]
[ Pendidikan | Kemudahan | Kalendar | Web Designer ]


© Dibangunkan oleh CyberSix Team '98 ,Kolej 6 , Universiti Teknologi Malaysia