Merupakan istana yang pertama dan tertua sekali di Pekan.
Dibina dalam tahun 1826.
Pada masa sekarang sudah tidak wujud lagi.
Kedudukannya berhampiran Masjid Abdullah yang sekarang ini dijadikan
tapak perkuburan.
Dirobohkan sewaktu pembinaan Masjid Sultan Abdullah.
Merupakan istana yang ketiga tertua di Pekan.
Dibina pada tahun 1904 dan siap pada tahun 1908.
Nama istana diambil berdasarkan keadaan sekitar yang mana pada masa itu
kawasan istana ini dikelilingi pokok terentang.
Rekabentuk adalah hasil ilham Tengku Mahmud sendiri.
Telah dirobohkan namun masih ada bekas tinggalannya yang dikelilingi taman yang indah.
Dibina pada tahun 1935.
Diberi nama Leban Tunggal kerana kawasan ini hanya ditumbuhi oleh sebatang pokok leban
sahaja.
Istana ini diperbuat daripada separuh batu dan separuh kayu, mempunyai dua tingkat dan dua kubah
di kiri dan kanannya.
Senibinanya yang menarik masih kekal sehingga hari ini.
Sekarang ia dijadikan sebagai Perpustakaan Daerah Pekan.
Dibina dalam tahun 1930an sewaktu pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Dibina bagi menggantikan Istana Seri Terentang yang telah dirobohkan.
Menurut cerita lisan, rekabentuknya adalah seperti bangunan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris
di Kuala Lumpur.
Pada masa sekarang, Istana Permai dijadikan tempat persemayaman rasmi Pemangku Sultan Pahang
sekiranya ada urusan di Pekan.
Dibina pada tahun 1938 oleh Dato' Sang Melewar (Dato' Mangku Kuning).
Merupakan tempat kediaman Cik Siti Nah iaitu salah seorang gundik Sultan Abu Bakar.
Terletak di Kampung Masjid.
Menjadi tempat pentadbiran negeri ketika Sultan Abu Bakar memerintah.
Senibinanya masih utuh tanpa sebarang pindaan dilakukan.
Sekarang ia menjadi istana hinggap selepas kematian Cik Siti Nah pada tahun
1984.
Terletak di tapak yang bersejarah.
Tidak diketahui bila mula dibina.
Yang tinggal kini merupakan bangunan Residen Inggeris.
Pada tahun 1929, rumah kayu dua lapis itu telah diganti dengan sebuah rumah batu dua
lapis.
Pada tahun 1948, telah diambil alih oleh Sultan Abu Bakar sebagai menggantikan Istana
Seri Terentang dan dijadikan istana rasmi baginda.
Sultan Abu Bakar memberi gelaran Istana Kota Beram. Dengan ini timbullah kembali nama yang telah
lenyap berkurun lamanya.
Pada tahun 1954, kerajaan telah membina sebuah bangunan tambahan yang disambungkan dengan
istana ini dan dijadikan Balai Rong Seri.
Dijadikan tempat mesyuarat dan upacara keraian sehingga tahun 1959.
Sekarang Istana Kota Beram telah dijadikan muzium sebagaimana yang dicadangkan oleh
kerajaan dan diperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in
Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah, DK., SIMP., DMN.,
DK(Perak)., DK(Johor)., DK(Kelantan)., SPCM., SPMJ., Sultan Raja Pemerintah Negeri Pahang
merasmikan pembukaannya pada hari Sabtu 21 Oktober 1976 bersamaan 27 Syawal 1396.
Dibina pada tahun 1965 dan siap pada tahun 1974.
Diberi nama sempena dengan nama Almarhum Sultan Abu Bakar.
Dibina bagi menggantikan Istana Permai.
Kedudukannya berhampiran dengan tapak Istana Seri Terentang.
Rekabentuk bercirikan moden dan direka oleh arkitek berbangsa Cina.
Sekarang Istana Abu Bakar ini masih dijadikan tempat persemayaman Sultan Haji Ahmad
Shah, Sultan Raja Pemerintah Negeri Pahang.