Web Design



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kami dari Kelab Cybersix, Kolej 6, UTM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penghuni daerah Pekan kerana telah mempunyai laman web (homepage) sendiri. Diharap agar daerah ini menjadi pemangkin dalam dunia IT.

   Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Najib kerana telah merasmikan laman web Pekan sekaligus memberi peluang untuk kami menabur bakti kepada semua penduduk Pekan.

   Kami turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah kerana memberikan kami kemudahan meletakkan homepage ini di server milik mereka.

   Sekalung budi juga buat Kolej Tuanku Canselor UTM kerana memberikan kerjasama yang penuh dalam menjayakan homepage ini dengan memberikan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal sepanjang kami menjalankan projek ini agar homepage ini dapat disiapkan dengan jayanya.

   Akhir sekali,ribuan terima kasih buat semua ahli kelab CyberSix atas kerjasama serta semangat setiakawan yang membolehkan homepage ini dihasilkan dengan sebaik mungkin dalam jangka waktu yang diberikan. Apa kata jika anda lihat laman Kelab Cybersix yang telah kami bangunkan untuk memperkenalkan kelab kami kepada dunia. Jika anda ingin menempah untuk membina homepage, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami melalui e-mail cybersix@usa.net .

Di sini kami memperkenalkan tenaga penggerak yang berusaha dengan gigihnya dalam kerja membina homepage ini.

 

[ Destinasi | Sejarah | Peta | Maklumat | Pentadbiran ]
[ Pendidikan | Kemudahan | Kalendar | Web Designer ]


© Dibangunkan oleh CyberSix Team '98 ,Kolej Tuanku Canselor ,Universiti Teknologi Malaysia