Istana Pantai |
Istana Seri Terentang |
Istana Permai |
Istana Leban Tunggal
Istana Saadah |
Istana Kota Beram |
Istana Abu Bakar
- Merupakan istana yang pertama dan tertua sekali di Pekan.
- Dibina dalam tahun 1826.
- Pada masa sekarang sudah tidak wujud lagi.
- Kedudukannya berhampiran Masjid Abdullah yang sekarang ini dijadikan
tapak perkuburan.
- Dirobohkan sewaktu pembinaan Masjid Sultan Abdullah.
- Merupakan istana yang ketiga tertua di Pekan.
- Dibina pada tahun 1904 dan siap pada tahun 1908.
- Nama istana diambil berdasarkan keadaan sekitar yang mana pada masa itu
kawasan istana ini dikelilingi pokok terentang.
- Rekabentuk adalah hasil ilham Tengku Mahmud sendiri.
- Telah dirobohkan namun masih ada bekas tinggalannya yang dikelilingi taman yang indah.
- Dibina pada tahun 1935.
- Diberi nama Leban Tunggal kerana kawasan ini hanya ditumbuhi oleh sebatang pokok leban
sahaja.
- Istana ini diperbuat daripada separuh batu dan separuh kayu, mempunyai dua tingkat dan dua kubah
di kiri dan kanannya.
- Senibinanya yang menarik masih kekal sehingga hari ini.
- Sekarang ia dijadikan sebagai Perpustakaan Daerah Pekan.
|
|
- Dibina dalam tahun 1930an sewaktu pemerintahan Sultan Abu Bakar.
- Dibina bagi menggantikan Istana Seri Terentang yang telah dirobohkan.
- Menurut cerita lisan, rekabentuknya adalah seperti bangunan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris
di Kuala Lumpur.
- Pada masa sekarang, Istana Permai dijadikan tempat persemayaman rasmi Pemangku Sultan Pahang
sekiranya ada urusan di Pekan.
- Dibina pada tahun 1938 oleh Dato' Sang Melewar (Dato' Mangku Kuning).
- Merupakan tempat kediaman Cik Siti Nah iaitu salah seorang gundik Sultan Abu Bakar.
- Terletak di Kampung Masjid.
- Menjadi tempat pentadbiran negeri ketika Sultan Abu Bakar memerintah.
- Senibinanya masih utuh tanpa sebarang pindaan dilakukan.
- Sekarang ia menjadi istana hinggap selepas kematian Cik Siti Nah pada tahun
1984.
- Terletak di tapak yang bersejarah.
- Tidak diketahui bila mula dibina.
- Yang tinggal kini merupakan bangunan Residen Inggeris.
- Pada tahun 1929, rumah kayu dua lapis itu telah diganti dengan sebuah rumah batu dua
lapis.
- Pada tahun 1948, telah diambil alih oleh Sultan Abu Bakar sebagai menggantikan Istana
Seri Terentang dan dijadikan istana rasmi baginda.
- Sultan Abu Bakar memberi gelaran Istana Kota Beram. Dengan ini timbullah kembali nama yang telah
lenyap berkurun lamanya.
- Pada tahun 1954, kerajaan telah membina sebuah bangunan tambahan yang disambungkan dengan
istana ini dan dijadikan Balai Rong Seri.
- Dijadikan tempat mesyuarat dan upacara keraian sehingga tahun 1959.
- Sekarang Istana Kota Beram telah dijadikan muzium sebagaimana yang dicadangkan oleh
kerajaan dan diperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in
Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah, DK., SIMP., DMN.,
DK(Perak)., DK(Johor)., DK(Kelantan)., SPCM., SPMJ., Sultan Raja Pemerintah Negeri Pahang
merasmikan pembukaannya pada hari Sabtu 21 Oktober 1976 bersamaan 27 Syawal 1396.
- Dibina pada tahun 1965 dan siap pada tahun 1974.
- Diberi nama sempena dengan nama Almarhum Sultan Abu Bakar.
- Dibina bagi menggantikan Istana Permai.
- Kedudukannya berhampiran dengan tapak Istana Seri Terentang.
- Rekabentuk bercirikan moden dan direka oleh arkitek berbangsa Cina.
- Sekarang Istana Abu Bakar ini masih dijadikan tempat persemayaman Sultan Haji Ahmad
Shah, Sultan Raja Pemerintah Negeri Pahang.
[
Destinasi |
Sejarah |
Peta |
Maklumat |
Pentadbiran ]
[
Pendidikan |
Kemudahan |
Kalendar |
Web Designer ]
© Dibangunkan oleh CyberSix Team '98 ,Kolej 6 ,Universiti Teknologi Malaysia