Pekan merupakan salah satu kawasan yang memberikan destinasi-destinasi yang boleh dilawati, daripada tinggalan sejarahnya sehinggalah destinasi yang indah pemandangannya. Tinggalan-tinggalan sejarah yang amat bermakna masih lagi sempurna dijaga dan sentiasa diambil perhatian supaya generasi akan datang dapat mengimbau kembali sejarah lampau yang banyak meninggalkan pengajaran dan teladan yang berguna.
Pekan juga merupakan destinasi pelancongan dan rekreasi yang ideal serta mampu menenangkan hati pengunjung yang memerhatikan persekitarannya yang serba kehijauan dan jauh daripada kegawatan hidup di kota. Suasana kampung moden yang wujud di sini sering menarik ramai pelawat yang mengidamkan ketenangan jiwa serta fikiran. | ![]() |
[
Destinasi |
Sejarah |
Peta |
Maklumat |
Pentadbiran ]
[
Pendidikan |
Kemudahan |
Kalendar |
Web Designer ]
© Dibangunkan oleh CyberSix Team '98 ,Kolej 6 ,Universiti Teknologi Malaysia