Istana Leban Tunggal | Istana Permai
Istana Saadah | Istana Kota Beram | Istana Abu Bakar



  • Dibina pada tahun 1935.
  • Diberi nama Leban Tunggal kerana kawasan ini hanya ditumbuhi oleh sebatang pokok leban sahaja.
  • Binaan istana adalah separuh batu dan separuh kayu, dua tingkat dan mempunyai dua kubah di kiri dan kanannya.
  • Senibinanya yang menarik masih kekal sehingga hari ini.
  • Kini ia dijadikan Perpustakaan Daerah Pekan.

 





  • Dibina dalam tahun 1930an sewaktu pemerintahan Sultan Abu Bakar.
  • Dibina bagi menggantikan Istana Seri Terentang yang telah dirobohkan.
  • Menurut cerita lisan, reka bentuknya adalah seperti bangunan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Kuala Lumpur.
  • Pada masa sekarang, Istana Permai dijadikan tempat persemayaman rasmi Pemangku Sultan Pahang sekiranya ada urusan di Pekan.

 





  • Dibina pada tahun 1938 oleh Dato' Sang Melewar (Dato' Mangku Kuning).
  • Merupakan tempat kediaman Cik Siti Nah iaitu salah seorang gundik Sultan Abu Bakar.
  • Terletak di Kampung Masjid.
  • Menjadi tempat pentadbiran negeri ketika Sultan Abu Bakar memerintah.
  • Senibinanya masih utuh tanpa sebarang pindaan dilakukan.
  • Sekarang ia menjadi istana hinggap selepas kematian Cik Siti Nah pada tahun 1984.

 





  • Terletak di tapak yang bersejarah.
  • Tidak diketahui bila mula dibina.
  • Yang tinggal kini merupakan bangunan Residen Inggeris.
  • Pada tahun 1929, rumah kayu dua lapis itu telah diganti dengan sebuah rumah batu dua lapis.
  • Pada tahun 1948, ia telah diambil alih oleh Sultan Abu Bakar untuk menggantikan Istana Seri Terentang dan dijadikan istana rasmi baginda.
  • Sultan Abu Bakar kemudiannya memberi nama Istana Kota Beram. Dengan ini timbullah kembali nama yang telah lenyap berkurun-kurun.
  • Pada tahun 1954, kerajaan telah membina sebuah bangunan tambahan yang disambungkan dengan istana ini dan dijadikan Balai Rong Seri.
  • Dijadikan tempat mesyuarat dan upacara keraian sehingga tahun 1959.
  • Sekarang Istana Kota Beram telah dijadikan muzium sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan dan diperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah, DK., SIMP., DMN., DK(Perak)., DK(Johor)., DK(Kelantan)., SPCM., SPMJ., Sultan Raja Pemerintah Negeri Pahang merasmikan pembukaannya pada hari Sabtu 21 Oktober 1976 bersamaan 27 Syawal 1396.

 





  • Dibina pada tahun 1965 dan siap pada tahun 1974.
  • Diberi nama bersempena dengan nama Almarhum Sultan Abu Bakar.
  • Dibina bagi menggantikan Istana Permai.
  • Kedudukannya berhampiran dengan tapak Istana Seri Terentang.
  • Rekabentuk bercirikan moden dan direka oleh arkitek berbangsa Cina.
  • Sekarang Istana Abu Bakar ini masih dijadikan tempat persemayaman Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Raja Pemerintah Negeri Pahang.

 




[ Destinasi | Sejarah | Peta | Maklumat | Pentadbiran ]
[ Pendidikan | Kemudahan | Kalendar | Web Designer ]


Dibangunkan oleh CyberSix Team '98 ,Kolej 6 , Universiti Teknologi Malaysia