/HEAD>



Perindustrian

Perindustrian di daerah Pekan boleh dilihat di kawasan Peramu dan Muadzam Shah. Banyak kilang-kilang yang dibina dan akan dibina di kawasan ini. Antara kilang-kilang yang terdapat di kawasan perindustrian ini ialah Automotives Manufacturers of Malaysia (AMM), Malaysia Truck & Bus (MTB), Mentiga Corporation Berhad dan Filter Powers.

Perikanan

Sektor Perikanan di kawasan Pekan terletak di kawasan Kuala Pahang dan Nenasi. Di sana terdapat seramai 1,072 orang nelayan dengan 53 buah bot dan 4 vesel laut dalam. Selain ikan laut, di Pekan juga ada mengusahakan kolam ikan air tawar dan air payau. Song Cheng Ent. merupakan salah sebuah syarikat yang mengusahakan kolam ikan air tawar. Selain itu LKIM juga menguruskan ikan sangkar di Sungai Pahang.

Perlombongan

Perlombongan di Pekan hanya mempunyai 2 sumber galian yang utama iaitu barit dan besi. Lombong barit ini mampu mengeluarkan sebanyak 6,230 tan metrik setahun. Bagi lombong besi pula, pengeluarannya sebanyak 39,820 tan metrik setahun menurut sumber Jabatan Galian Pahang 1997.

Perladangan dan Ternakan

Sektor Peladangan di Pekan lebih tertumpu kepada ladang getah dan kelapa sawit. Ladang-ladang ini banyak terdapat di kawasan pedalaman seperti kawasan Chini, Bebar dan lain-lain.
Bagi Ternakan pula, Pekan mengeluarkan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, ayam dan itik bagi menampung keperluan penduduk di dalam negeri.

[ Destinasi | Sejarah | Peta | Maklumat | Pentadbiran ]
[ Pendidikan | Kemudahan | Kalendar | Web Designer ]


© Dibangunkan oleh CyberSix Team '98 ,Kolej 6 ,Universiti Teknologi Malaysia