- Terletak di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
- Kedudukannya 4 km di sebelah barat bandar Pekan. Ia terletak di sebelah
kanan jalanraya Pekan-Batu Balek.
- Rumah yang beralamat Lot 169, Mukim Langgar, Pekan, Pahang ini juga
terletak berhampiran dengan Pusat Tenun Sutera yang terkenal di Pahang.
- Rumah dengan keluasan tanah 0.2 hektar ini adalah milik Puan Aminah bt Muda.
- Hasil perkongsian hidup Hajah Teh Fatimah binti Haji Daud dengan Dato' Hussien bin
Mohd Taib, pada 11hb Mac 1922, di rumah datuknya Haji Daud, maka lahirlah tokoh negara Tun
Abdul Razak bin Hussien.
- Rumah yang ada sekarang ini telah dibina semula di tapak
asal bagi tujuan perlancongan.
- Kini rumah ini dijaga oleh sebuah organisasi yang bertanggungjawab di
bawah kawalan Lembaga Muzium Negeri Pahang bagi memastikan rumah ini terjaga. Oleh itu,
pengunjung bolehlah datang melawat ke rumah tersebut pada waktu pejabat.
- Di sekitar kawasan rumah ini pula terdapat Galeri Tun Abdul Razak dan
Kompleks Kampung Budaya yang mempamerkan pelbagai koleksi Tun Abdul Razak serta barangan
kebudayaan.
- Di galeri ini juga ada menceritakan tentang riwayat hidup Tun Abdul Razak.
[
Destinasi |
Sejarah |
Peta |
Maklumat |
Pentadbiran ]
[
Pendidikan |
Kemudahan |
Kalendar |
Web Designer ]
© Dibangunkan oleh
CyberSix Team '98 ,Kolej 6 ,
Universiti Teknologi Malaysia