Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak merupakan seorang tokoh yang terkenal di Pekan. Beliau dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Julai 1953. Sekarang beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dan juga ahli Parlimen bagi kawasan Pekan.

Beliau mendapat pendidikan awal di St. John Institution, Kuala Lumpur. Setelah tamat sekolah rendah, beliau meneruskan pelajaran ke sekolah menengah iaitu di St. John Institution, Kuala Lumpur. Setelah itu, beliau meneruskan pelajaran ke Malven Boy's College, Worchestershire, England. Oleh kerana kecemerlangannya, beliau telah memasuki University Of Nottingham, England dan mendapat ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada tahun 1974.

Setelah mendapat ijazah pertama, beliau memulakan kariernya pada 1974 sebagai seorang eksekutif di Petronas. Pada tahun 1976, beliau memulakan karier beliau sebagai seorang ahli politik, iaitu sebagai ahli parlimen bandar Pekan. Dalam masa itu, antara tahun 1978 sehingga 1982, beliau telah menjawat beberapa jawatan, iaitu sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos; Timbalan Menteri Pendidikan; dan Timbalan Menteri Kewangan.

Bermula tahun 1982, beliau telah menjadi ahli dewan undangan negeri bagi bandar Pekan sehinggalah 1986. Pada masa yang sama beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Pahang. Dari tahun 1986 sehingga 1988, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Tahun berikutnya, beliau menjawat jawatan yang sama tetapi dengan nama Menteri Belia dan Sukan. Daripada jawatan tersebut, beliau telah ditukarkan ke jawatan Menteri Pertahanan pada 1990. Pada 1995, beliau menjawat jawatan yang dipegangnya sekarang iaitu Menteri Pendidikan. Selaku Menteri Pendidikan, beliau telah membuat reformasi pendidikan dan memperkenalkan konsep sekolah bestari dan pengkorporatan universiti.

Beliau merupakan seorang yang aktif di dalam parti UMNO. Jadual berikut menunjukkan penglibatan beliau:



Penglibatan Tahun
Ketua Pemuda UMNO (Bahagian Pekan) 1976-80
Timbalan Ketua UMNO (Bahagian Pekan) 1980-82
Ketua UMNO (Bahagian Pekan) 1982-88
Timbalan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Pahang 1982-83
Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Pahang 1983-87
EXCO, Pemuda UMNO (Peringkat Kebangsaan) 1978-82
Majlis Kerja Tertinggi UMNO (Peringkat Kebangsaan) 1981-87
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO (Peringkat kebangsaan) 1986-87
Ketua Pemuda UMNO (Baru) Malaysia1988-93
Naib Presiden UMNO Malaysia1993-Sekarang





Selain itu, beliau juga terlibat di dalam organisasi-organisasi tertentu. Beliau juga menjadi presiden bagi Persatuan Asrama Belia Malaysia dari 1979 hingga sekarang. Dari tahun 1982 sehingga 1986, beliau telah menjadi pengerusi bagi Pahang Development Corporation dan Pahang Foundation. Dari tahun 1988 sehingga kini, beliau telah bertindak sebagai pengerusi Yayasan Gerakbakti Kebangsaan.

Bagi mengenang jasanya, beliau telah di berikan pelbagai anugerah. Antaranya:



TahunAnugerah
1976Orang Kaya Indera Syahbandar
1978Darjah Sultan Ahmad Shah
1983Seri Indera Mahkota Pahang
1985Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah
1988Grand Order Of Youth
Republic Of Korea
1989Special Testimony,
United Nations Programme Of Youth
1990Darjah Panglima Negarar
Bintang Sarawak
1990Man Of The Year
Timesports, News Straits Times
1991Ph.D (Honoris Causa) Sports Science
U.S Academy Of Sports
1992Dato' Paduka Mahkota Selangor
1992Grand Order Of The White Elephant, Thailand
1992Darjah Dato Paduka Mahkota, Selangor
1993Anugerah Kepimpinan Sukan Emas SAM Benson&Hedges 1992
1994Bintang Yudha Dharma Utama (Indonesia)
1995Distinguished Service Order (Military) Singapore






[ Destinasi | Sejarah | Peta | Maklumat | Pentadbiran ]
[ Pendidikan | Kemudahan | Kalendar | Web Designer ]


© Dibangunkan oleh CyberSix Team '98 ,Kolej 6 ,Universiti Teknologi Malaysia